Pasar Budaya atau
Pasar Seni ialah sebuah tempat menarik di sekitar bandar raya
Kuala Lumpur,
Malaysia. Lokasinya terletak berhampiran
Sungai Klang, iaitu berdekatan dengan bangunan
Dayabumi. Dahulunya dikenali sebagai
Pasar Besar Kuala Lumpur yang menjual barang-barang basah seperti
ikan, daging,
ayam,
sayur-sayuran dan barangan runcit, barang-barang yang dijual itu adalah barangan keperluan harian kepada para penduduk dan
pelombong bijih timah di Kuala Lumpur pada suatu ketika dahulu. Kini pasar tersebut sekali lagi berubah wajah apabila pada tahun 1985, ia telah diubahsuai dan dinaiktaraf. Berhampiran pasar ini ialah sebuah stesen
LRT, iaitu stesen "Pasar Seni".Pada hari ini, Pasar Seni dengan binaan hiasan seni merupakan pusat budaya untuk pameran dan pembangunan kebudayaan, kesenian, dan bidang "kraftangan" di
Malaysia. Pasar Seni merupakan kumpulan kedai-kedai yang menumpukan kepada hasil kerja tangan Malaysia yang menjual pakaian dan barangan tradisional seperti yang diperbuat dengan batik tradisi Malaysia. Kebanyakan fabrik yang cantik dan citawarna ini adalah
batik tulis atau
batik terap yang merupakan hasil kerja yang unik dan tidak serupa antara satu dengan yang lain. Selain
batik, pelbagai kedai yang menjual pelbagai barangan antik,
artifak Asia, cenderamata, dan kerja tangan. Artis-artis potret dan pertukangan kecil-kecilan menghasilkan karya mereka di sudut-sudut sambil diperhatikan dengan penuh minat oleh orang ramai. Di bahagian luar, amfiteater berhampiran tebing sungai merupakan tempat untuk pertunjukan tradisional, tarian masa kini, dan konsert muzik. Terdapat pelbagai persembahan, pertunjukan dipamerkan seperti seperti lukisan batik,
tilik nasib,
wayang kulit, meniup
kaca, kelas tarian, dan pelbagai aktiviti menarik yang lain. Pasar Seni juga merupakan cawangan
Royal Selangor Pewter yang merupakan pengeluar
pewter tertua dan terbesar di
dunia, ditubuhkan pada tahun
1885, dan kilangnya terletak berhampiran pinggir bandar
Kuala Lumpur. Kilang Selangor Pewter merupakan salah satu tumpuan pelancung dan menawarkan pelbagai barangan cenderamata. Sejarah Selangor Pewter bermula dengan sejarah
Kuala Lumpur sebagai pengeluar timah antarabangsa, dan persinggahan ke Selangor Pewter merupakan lawatan simbolik ke perdagangan Kuala Lumpur masa silam.